2.0 Satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran bidang membentuk dan membuat binaan tahap 1
Tarikh : 3 Mac 2010
Hari : Rabu
Waktu : 10. 25pagi – 11.25pagi
Masa : 1 jam
Mata Pelajaran : Pendidikan Seni Visual
Tahun : 3 arif
Bil. Murid : 8 orang
Bidang : Membentuk dan membuat Binaan
Aras : Aras 1 dan Aras 2
Tajuk / Tema : Ladang Haiwan (Diorama)
Objektif Pembelajaran :
Diakhir pembelajaran murid dapat :
1. Menghasilkan sebuah diorama secara berkumpulan.
2. Boleh mengenali bahan yang digunakan untuk membuat diorama.
3. Boleh menghasilkan diorama haiwan dengan menggunakan teknik yang betul.
Pengetahuan Sedia Ada :
1. Murid telah pun melihat gambar – gambar haiwan ternakan secara langsung dan tidak langsung.
2. Murid telah pun melukis gambar haiwan sebelum ini.
Alat dan Bahan :
Kotak, alat tulis, krayon, pensil warna, kad manila, gam, batu-batu kecil, dan kertas warna.
Set Induksi
Menunjukan gambar – gambar contoh diorama.
Guru menunjukkan gambar contoh diorama didalam kelas.
Guru memberi penerangan mengenai tajuk.
Murid memberi respon pada gambar dan penerangan.
Langkah 1
Aras 1
Mengetahui dan meneroka kegunaan bahan kutipan dan objek alam.
Menghasilkan binaan dengan teknik luakan dan tambahan.
Guru menerangkan tentang teknik melukis dan mewarna haiwan ternakan dan membuat rumah ladang.
Murid mendengar dan memberi respon.
Murid menghasilkan lakaran gambar haiwan ternakan dan menebalkan lakaran dengan pen marker.
Langkah 2
Demonstrasi
Demonstrasi membalut dan menampal kertas warna di dalam kotak.
Menunjukan cara yang betul untuk menyusun haiwan didalam kotak
Murid melihat dan memberi respon.
Murid membuat apa yang telah dilihat.
Langkah 3
Aras 2
Membentuk dan membuat binaan dengan menggunakan bahan dan teknik yang berbeza dalam penghasilan.
Guru memberi penerangan cara membalut dan membuat rumah ladang
Murid mengaplikasikan cara yang ditunjukan oleh guru.
Penutup
Penilaian
Apresiasi
Rumusan
Guru menyuruh murid – murid memberi bercerita mengenai diorama yang telah dihasilkan.
Guru mengajak murid – murid menyanyi lagu Pak Dollah Ada Kebun.
Murid memberi respon.
Murid menyanyi mengikut guru.
Contoh Rancangan Mengajar PSV
10:59 PTG |
Label:
RANCANGAN MENGAJAR
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan