Dikuasakan oleh Blogger.
RSS

Boneka-PSV Tahun 5






Ini pula projek yang sebenarnya termasuk dalam sukatan pelajaran psv tahun 5, iaitu boneka. Untuk menghasilkan boneka ini bahan-bahan tersebut diperlukan:

a) tisu tandas (4-5 gulung)
b)gam
c) botol minuman (botol air mineral kecil)
d) kain perca
e) butang baju (2)
f) benang bulu
g) gunting
h)bola pingpong
i) batang aiskrim (2)

cara-caranya:
1. Tampalkan keseluruhan bola pingpong dan botol mineral dengan kertas tisu setebal yang boleh. Pastikan anda tidak melilit kertas tisu tersebut, tetapi mengoyakkan 1 per satu, untuk mendapatkan hasil yang menarik.
2. Proses ini memakan masa 1 minggu. Setelah betul-betul kering, tampalkan bahagian bola pingpong ke atas muncung botol mineral tersebut dengan menggunakan gam UHU. Pastikan gam tersebut betul-betul kuat. Gunakan batang aiskrim yang di masukkan sedikit di bahagian kiri dan kanan boneka sebagai tangan.
3.Seterusnya, gunakan benang bulu untuk membuat rambut boneka, butang sebagai mata dan kain perca sebagai baju untuk boneka tersebut. Untuk bahagian kaki pula, gunakan kasut anak patung yang tidak digunakan lagi, cuma gamkan pada bahagian bawah botol tersebut. Jika tiada, tidak mengapa, kerana boneka tersebut masih boleh berdiri dalam keadaan seimbang.
4. Anda juga boleh menghias boneka tersebut dengan aksesori yang sesuai.

selamat mencuba

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 ulasan:

Miss A.S berkata...

aduh..anak sya umur darjah 4 kena buat camni jugak tapi tak paham boleh bagi tahu dengan selanjutnya.....

Miss A.S berkata...

aduh..anak sya umur darjah 4 kena buat camni jugak tapi tak paham boleh bagi tahu dengan selanjutnya.....

Catat Ulasan