Dikuasakan oleh Blogger.
RSS

Kraf Tradisional-batik



Mari kita lihat serba sedikit mengenai kraf tradisional yang tidak ternilai harganya iaitu batik


Motif abstrak : Motif kaligrafi

Simbolik di sebalik motif batik:

Selain daripada itu, motif abstrak juga mempunyai perkaitan dengan budaya melayu. Corak ini adalah bermotifkan banji, swastika, anyaman (tikar atau dinding pelupuh) dan titik-titik. Corak dalam motif ini selaras dengan konsep tauhid yang mahukan manusia sentiasa merapatkan diri dengan Allah. Antaranya ialah motif kaligrafi yang mempunyai bentuk puisi dan prossa bertulisan jawi dan setengahnya mengandungi ayat Al-Quran , motif geometri yang digunakan sebagai hiasan tepi dan tengah dan menghasilkan corak yang pelbagai, motif abstrak yang bukan geometri yang digunakan sebagai latar kepada motif-motif lain.



Motif-motif batik yang dihasilkan mempunyai simbolik atau makna yang tersirat disebaliknya.

Motif geometri: Motif parang rosak


Pada zaman lampau, batik jawa yang menggunakan motif geometri menggunakan susunan mereng atau lereng. Motif utama corak ini ialah parang yang dihubungkaitkan dengan peperangan dan semangat kepahlawanan. Pada zaman lampau, batik jawa yang menggunakan motif parang rosak hanya dikhususkan untuk golongan istana yang berpangkat kesatria atau pahlawan. Corak motif parang ini disusun secara mereng pada semua permukaan kain sehingga nampak seolah-olah berjalur mereng.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan