THE MAGICAL WORLD OF THE SEA
2:41 PG |
Label:
HASIL KERJA SENI KAMI
ACTION SONG COMPETITION PUDU ZONE 2011
Walaupun kami tak merangkul the best place.
Kami bangga dengan performance our school.
And tak lupa our handmade prop/costume..
Read User's Comments(2)
Decoupage Daripada Bahan Terbuang
6:59 PG |
Cara-caranya:
1. Cat tin terpakai dengan menggunakan white gezzo / acrylic paint. Cat sebanyak 3 layer.
Pastikan layer yang sebelumnya kering sebelum dicat layer yang seterusnya.
2. Potongkan tisu decoupage dan ambil layer yg paling nipis.
3. Sapukan gam polisterin dengan perlahan-lahan untuk mengelakkan tisu daripada terkoyak.
4. Keringkan dan kemudian spray dengan clear spray.
selamat mencuba....
Sabun various shapes
9:46 PG |
BATIK LUKIS
8:04 PG |
Label:
SENI TRADISIONAL
Pengenalan
Batik merupakan kraf tangan tradisional yang terkenal di Malaysia. Kraf tangan ini terkenal kerana batik mempunyai hubungan dengan kegunaan harian orang-orang Melayu misalnya sebagai penggunaan tekstil. Kini seni tekstil ini semakin digemari oleh semua kaum malah digemari juga oleh pelancong-pelancong luar negeri. Perkataan batik berasal daripada bahasa Indonesia yang bermaksud ‘pakaian yang mempunyai titik-titik kecil’. Perkataan ‘tik’ bermaksud ‘titik’ yang asalnya daripada bunyi berdetik atau ‘tik-tik’. Ada yang mengatakan bahawa perkataan batik berasal dari Jawa iaitu ‘tritik’ iaitu proses menghasilkan batik.
Sejarah
Mengikut catatan sejarah, batik dalam bentuk primitif diketahui wujud sejak 2,000 tahun lalu di Parsi dan di Mesir. Di negara China dan Jepun kain bercorak batik mula digunakan sejak abad ke tujuh dan ke lapan lagi. Di Tanah Melayu, batik mula diperkenalkan sejak abad ke 15 Masihi iaitu di zaman pemerintahan Parameswara di Melaka. Pada tahun 1770-an batik pelangi telah diperkenalkan di Kepulauan Melayu. Sejarah batik di Malaysia mula di ketahui pada abad ke 18 apabila Batik Minah Pelangi memulakan perusahaan Batik di Terengganu. Dalam tahun 1911 apabila Haji Che Su bin Haji Ishak memulakan perusahaan Batik di kawasan Lorong Gajah Mati, Kota Bahru Kelantan. Pada masa itu teknik pembuatan batik hanyalah menggunakan teknik ikat dan celup dan dikenali sebagai ‘Batik Pelangi’. Pada masa itu kain di import dari Thailand jenis ‘Kain Pereir’ sementara itu warna dibuat sendiri dengan menggunakan pewarna buah dan kulit kayu. Warna kain batik pelang hanyalah Biru dan hitam sahaja. Pada tahun 1922 Haji Che Su telah mengeluarkan batik yang menggunakan blok kayu. Pada tahun 1926 kemasukan pewarna kimia dari Eropah telah membawa perkembangan Batik. Reka corak batik mula dipengaruhi dengan reka corak Batik Indonesia. Dalam tahun1932 seorang ahli perniagaan dari Terengganu Haji Ali bin Ismail telah bertemu seorang dari tanah Jawa di Singapura dan mempelajari teknik-teknik membuat batik. Di samping itu beliau juga membawa contoh-contoh blok batik yang diperbuat dari kayu ke Terengganu. Dengan menggunakan kepakaran Haji Awang (Bekas pekerja Haji Che Su) telah memulakan teknik-teknik baru menggunakan blok kayu cara Indonesia. Dalam tahun 1936 Haji Ali membawa pulang blok tembaga dari Singapura dengan menggunakan cara baru iaitu menggunakan teknik terapan lilin. Batik stensil dengan menggunakan pemidang skrin dicipta oleh Mohd Yussof & Company dalam tahun 1933. Batik ini mendapat idea apabila En. Mohd Yussof pergi ke Bangkok. Atas tunjuk ajar seorang dari Eropah bernama Dr. Schmidt (Wakil Syarikat Singapura pengeluaran pewarna batik Widsor & Co.) kepada Mohd Yusoff dan Haji Che Su maka batik cetakan Skrin menjadi terkenal di Kelantan. Sehingga ke hari ini perusahaan Batik terus berkembang dengan menggunakan canting yang telah dipopularkan oleh kumpulan pelukis-pelukis muda sekitar tahun 1970-an. Penggunaan canting adalah pengaruh dari batik canting Indonesia kemudian sekumpulan pelukis telah menggunakan tekniknya dalam bentuk teknik melukis. Akhirnya teknik ini menjadi digemari dan menjadi identiti baru dalam seni Batik.
Jenis-jenis dan teknik Batik
1. Batik Blok - Batik yang menggunakan blok logam untuk menghasilkan corak
2. Batik skrin - Batik yang menggunakan pemidang skrin dan corak dihasilkan melalui leker
3. Batik tulis - Batik yang menggunakan alat canting dan melilinkan bahagian untuk dibuat corak 4. Batik pelangi- Batik yang menggunakan kaedah ikat dan celup.
Sabun Strawberry Berlogo
5:12 PG |
Label:
DIY PROJECTS
Langgan:
Catatan (Atom)