1. PENGENALAN
Ia dilakukan menggunakan sesuatu alat yang tajam untuk mengguris keluar sesuatu bahan yang lembut dari sesuatu permukaan.
Cara melakukannya: permukaan kertas disapu dengan krayon secara berlapis supaya bahan krayon yang tebal berlekat di atas kertas.
Gurisan dilakukan dengan alat yang keras atau tajam seperti kayu, paku atau plastik supaya gambar terhasil.
Kesan yang berlainan terhasil apabila guna bahan yang berlainan.
Definisi Gurisan
Definisi Stensilan
1. PENGENALAN
Menggunakan rupa bentuk gambar yang dikeluarkan dari alat stensil dengan sesuatu cara supaya meninggalkan ruang kosong di atas alat stensil tersebut.
Apabila bahan warna disapu di atas stensil yang diletakkan atas kertas, bahan warna akan melalui ruang kosong atau lubang di atas stensil dan diserap oleh kertas.
Garis luar pada lubang itu memberi kesan kepada sifat garis luar rupa bentuk yang dihasilkan
Definisi Capan
1. PENGENALAN
Capan ialah teknik mengecap dengan bahan alam atau semula jadi yang mempunyai jalinan tertentu.
Capan adalah berbeza dengan cetakan kerana tidak perlu disediakan blok cetakan.
Imej yang dihasilkan hanya bergantung kepada jalinan dipermukaan bahan semula jadi atau bahan alam tersebut.
Contohnya, cap jari menghasilkan kesan yang sama dengan jalinan yang ada pada jari.
Definisi Mozek
1. PENGENALAN
. Glosari Seni Lukis, mozek boleh didefinisikan sebagai satu reka bentuk atau gambar yang dibuat daripada serpihan kaca, kayu, marmar atau pecahan tembikar.
Sebuah gambar atau corak hiasan dibuat dengan menyusun carikan kecil bahan-bahan seperti kaca, marmar dan seramik (tessera), di susun di atas dinding, lantai atau permukaan yang tidak rata dan menghasilkan pantulan atau kilauan.
Satu imej yang berasingan dan tidak bertindih, disusun secara bersebelahan.
Foto mozek adalah gambar hasil dari cantuman beberapa gambar lain disusun menjadi satu tema /tajuk.
Satu media seni di mana kepingan-kepingan kecil kaca, batu atau seramik disusun di bahagian latar yang di plaster.
Satu corak seni yang dihasilkan dengan menekan kepingan batu, kaca, seramik atau tessera.
Satu seni dekoratif lama dengan menyusun kepingan kecil kaca, batu, tessera di permukaan dinding, siling dan lantai.
2. SEJARAH MOZEK
Satu bentuk seni di mana kepingan bahan semula jadi atau bahan buatan manusia yang berwarna disusun bersebelahan tidak ditindih di atas permukaan rata untuk menghasilkan gambar atau corak. Mengikut sejarah lama mozek telah diperkenalkan oleh orang Greek.
Pada asalnya mereka mencipta mozek untuk tujuan menghias permukaan lantai.
Orang Roman pula menghias batu, marmar, seramik menggunakan teknik mozek pada permukaan dinding dan lantai. Manakala orang Kristian Orthodok Byzantine pada abad ke 16 menghiasi gereja mereka dengan teknik mozek. Kini teknik mozek luas digunakan dalam pembinaan bangunan dan aktiviti seni di sekolah.
Definisi Percikan
1. PENGENALAN
Satu aktiviti menggambar dalam kerja-kerja seni.
Satu teknik hiasan catan dengan mendetik, mengetuk atau menjentik bahagian bulu berus yang akan menghasilkan kesan a speckled granite
Percik-percikan halus warna disembur ke serata tempat untuk menghasilkan kesan antik.
Teknik corakan warna dihasilkan dengan tepukan atau jentikan menggunakan berus lukisan yang mengandungi warna ke atas permukaan yang rata.
Ia adalah kegiatan menyembur bahan cair di atas permukaan.
Buku Glosari Seni Lukis percikan didefinisikan sebagai corak-corak tompok dan titik pada lukisan cat.
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka pula percikan ialah titik-titik air atau warna yang berserak-serak ke sana sini setelah air atau warna itu terhempas ke suatu permukaan.
Makna kedua ialah menghambur ke sana sini, memantul berselerak ke sana sini.
Makna ke tiga ialah sesuatu yang memercik, menyebabkan berpercikan, merenjisi.
Percikan adalah satu teknik mengaplikasikan sedikit curahan atau titikan warna ke atas permukaan yang dipilih. Percikan seolah-olah memberi kesan seperti permukaan batu atau marble.. Cat emulsi paling senang dimulakan kerana cepat kering dan tidak rosak di antara satu sama lain.
Definisi Resis
1. PENGENALAN
Satu aktiviti menggambar yang dihasilkan dari warna basah dan contengan lilin.
Lilin digunakan untuk menutup kawasan permukaan kertas atau kain.
Buku Glosari Seni Lukis, resis didefinisikan sebagai suatu kaedah melukis cat air dengan menyapu cat ke permukaan yang telah disapukan lilin di bahagian bahagian yang tidak hendak dicat atau diwarnakan.
Aktiviti menggambar yang dihasilkan dengan cara menolak warna basah atau cat basah yang disapu ke atas permukaan kertas yang disapu lilin.
Lilin digunakan oleh pelukis sebagai penghadang untuk melindungi warna asal atau warna asli sesuatu permukaan daripada terkena warna baru.
Teknik menggunakan lilin, krayon lilin bertindak sebagai alat untuk membuat garisan atau lakaran di atas kertas dan diwarnakan permukaannya.
Teknik resis menyebabkan permukaan kertas yang diliputi lilin tidak akan menyerap warna dan dalam keadaan warna asal.
Resis boleh juga dijalankan dengan cara menggunakan tindihantindihan lilin dan menyapu warna dari peringkat warna terang ke peringkat warna gelap.
Definisi Gosokan
1. PENGENALAN
Ia adalah proses menggosok dan merekod corak daripada permukaan yang berjalinan
Ia juga satu proses penerokaan murid mula menggambar melalui deria sentuh yang terdapat di sekeliling mereka.
Mengikut Kamus Dewan, gosokan bermakna bergeser, bergesel, menggosok dengan (tangan, barang dll) menggunakan sesuatu untuk menggosok.
Menurut Glosari Seni Lukis pula gosokan bermakna pemindahan reka bentuk atau corak dari sesuatu permukaan ke permukaan lain dengan cara menggosokkan pensel di atas permukaan yang hendak dipindahkan.
Dapat memperkembangkan deria lihat terhadap persekitaran dan boleh menghasilkan berbagai perasaan seperti gembira, suka, minat, selesa dan sebagainya. Apabila kita mengaplikasikan aktiviti gosokan dalam aktiviti seni, tak secara langsung akan peka terhadap setiap permukaan yang terdapat di persekitaran.
2. TEKNIK GOSOKAN
Secara gosokan akan menghasilkan corak permukaan yang berlainan. Biasanya permukaan yang mempunyai jalinan yang kasar dan rapat akan menghasilkan ton yang lebih gelap berbanding permukaan yang mempunyai jalinan yang jarang dan nipis.
Cara paling mudah dan terbaik untuk merakamkan berbagai jalinan pada sesuatu permukaan.
Hasil cetakan dibuat dengan menggosok dakwat, pensel, kapur ke atas sekeping kertas yang diletakkan di atas suatu permukaan yang berjalinan.
Satu representasi yang mengandungi salinan dibuat dengan meletakkan sekeping kertas di atas sesuatu permukaan dengan menggosok menggunakan bahan tertentu.
Definisi Cetakan
1. PENGENALAN
Satu proses hasil kerja seni menggunakan dakwat yang dicipta melalui perpindahan dakwat ke atas satu permukaan.
Seseorang pelukis biasanya akan menentukan berapa banyak cetakan yang hendak dihasilkan dalam sesuatu edisi.
Proses ulangan imej daripada satu permukaan yang disediakan ke atas sesuatu permukaan lain.
Proses di mana satu hasil kerja seni dicipta dalam beberapa kuantiti.
Imej atau gambar yang dihasilkan dengan menggunakan acuan plat
Proses menghasilkan imej di atas permukaan rata.
.Satu hasil kerja seni yang menggunakan acuan cetakan untuk menghasilkan satu atau beberapa siri cetakan.
Perindahan imej yang berdakwat daripada satu permukaan blok kepada permukaan lain iaitu kertas atau kain.
Proses menggambar atau mencorak yang dilakukan dengan cara memotong, mengguris di atas permukaan plat dan menggunakan dakwat
Satu proses penerapan blok, plat atau skrin ke atas sesuatu permukaan kertas, kain atau bahan yang lain.
Cetakan bererti mengecap corak atau gambar yang sama dengan menggunakan alatan dan tertentu seperti kertas.
Definisi Montaj
1. PENGENALAN
Menampal dan melekatkan gambar-gambar pada suatu permukaan untuk menimbulkan mesej pengajaran, kecintaan, kecuaian, peperangan, alam sekitar
Menggunakan potongan gambar-gambar yang berkaitan dari mana- mana media cetak untuk menghasilkan satu tajuk atau tema.
Satu corak tidak semestinya bermaksud sebagai kerja seni halus dibuat melalui proses menampal satu bahan ke atas bahan yang lain
Dalam kerja-kerja seni montaj, beberapa gambar foto dicantum untuk menjadi satu komposisi ilustrasi
Hasil seni mengandungi sebahagian daripada imej yang ada seperti dalam gambar foto, majalah, cetakan yang disusun supaya bercantum, bertindih, diubahsuai untuk menghasilkan satu imej.
Komposisi gambar dicipta dengan menggunakan teknik superimpose dengan menyusun berbagai cebisan gambar dengan cara yang kreatif untuk menghasilkan satu hasil karya montaj.
Proses membuat gambar dari beberapa gambar atau corak disusun secara bertindih di antara satu sama lain.
Teknik mencantum dalam satu elemen komposisi fofografi daripada sumber-sumber yang berlainan seperti sebahagian daripada foto-foto.
Definisi Kolaj
Kolaj bermaksud potong, koyak, gunting, gam, tampal sesuatu bahan ke atas sesuatu permukaan.
Ia juga boleh didefinisikan sebagai satu hasil kerja seni menyusun dan tampal sebahagian imej seperti gambar foto atau dari cetakan majalah disusun dan ditindih.
Berbagai jenis bahan dilekat dan tampal disatu permukaan khas seperti kertas lukisan.
Mempunyai satu tema bagi sesuatu karya seni kolaj.
Definisi Catan
1. PENGENALAN
Catan ialah proses menyapu warna atau cat ke atas sesuatu permukaan rata.
Ia mewakili gambaran pemikiran atau rekaan tertentu sama ada yang nyata ataupun abstrak.
Dihasilkan melalui sapuan warna ke atas permukaan rata dengan menggunakan berus.
Lukisan grafik mengandungi komposisi artistic dihasilkan dengan mengaplikasikan warna keatas pemukaan bahan.
Satu ciptaan gambar yang berwarna dan ia adalah satu hasil kerja estetik dicipta dengan mengaplikasikan warna basah ke atas permukaan 2D.
Terdapat 4 media biasa untuk catan iaitu :- cat air, cat minyak, cat tempera dan cat poster.
2. ALIRAN GAYA CATAN
Realisme – lukisan / catan dibuat tepat dan menyerupai bentuk sebenar.
Impresionisme – mengutamakan kesan suasana atmosfera dan tumpuan
kepada pencahayaan.
Ekspresionisme – menekankan pernyataan emosi, bentuk objek tidak jelas
Digambarkan.
Ekspresionisme Abstrak – catan yang spontan, imej yang abstrak dan tiada
sifat realistic.
Kiubsisme – mementingkan bentuk-bentuk geometri yang dipecah-pecah
serta menimbulkan ilusi 3 dimensi.
Surealisme – menggambarkan imej bawah sedar atau khayalan.
Seni Pop – menggunakan unsur-unsur tampak iklan atau bidang komersial.
Seni Op (optic) – reka bentuk geometri, garisan dan warna tertentu untuk
menghasilkan imej gerak pada penglihatan.
3. TEKNIK CATAN
Teknik catan terbahagi kepada 4 iaitu :-
Teknik Basah Atas Kering.
Teknik Basah Atas Basah.
Teknik Berus Kering.
Teknik Kecatan.
Definisi Lukisan
1. Pengenalan
Lukisan ialah seni yang menggambarkan objek atau pelan dengan garisan
Lukisan ialah hasil seni 2 dimensi dengan menggunakan media kering seperti pensil, krayon, pen, pestel,arang, pen merker, pensel warna, pastel dan sebagainya
Penggunaan dakwat termasuk dalam kategori lukisan kerana dakwat tidak perlu dilarutkan.
Proses melakukan garisan, melorek ton dan juga menggosok juga dipanggil lukisan.
Aplikasi garisan, rupa, bentuk, saiz warna dan jalinan keatas sesuatu hasil kerja di namakan lukisan bergantung kepada penggunaan gaya yang ekspesif dan nyata.
2. Teknik-teknik lukisan
Teknik garisan yang biasa diguna dalam lukisan ialah teknik garisan silang, garisan berombak, garisan selari, garisan menyilang dan garisan kontur.
Teknik lain seperti teknik coreng, teknik gosok, teknik titik, teknik lorek dan teknik campuran.
3. Proses melukis
Pilih objek yang hendak dilukis.
Tentukan sudut pandangan, ton, perspektif, ton, dan cahaya.
Bahagikan ruang kepada ruang latar belakang, ruang tengah, objek dan ruang hadapan.
Buat lakaran kasar dengan melukis garisan luar objek tersebut.
Gunakan teknik di atas untuk menunjukkan kesan cahaya, bentuk dan ruang.