Dikuasakan oleh Blogger.
RSS

Projek PaperMache

Ini adalah salah satu projek psv tahun 6. Tajuknya membuat tembikar daripada suratkhabar. Caranya senang sahaja, ambil suratkhabar, rendamkan ke dalam air hingga hancur. kemudian toskan dan gaulkan dengan kanji. apabila sebati, tampalkan pada permukaan mangkuk plastik atau pinggan plastik. Dicadangkan, gunakan pinggan/mangkuk plastik yang mudah lentur (lembut) supaya memudahkan proses menanggalkan suratkhabar apabila kering.

Gambar yang ditunjukkan adalah tembikar yang telah kering dan ditanggalkan daripada mangkuk. Untuk mendapat hasil yang lebih menarik, catkan dengan warna basic iaitu warna putih keseluruhan permukaan dengan menggunakan warna PELAKA (warna untuk mural).

Hasil yang akan dilihat apabila selesai dicat akan ditunjukkan kemudian dalam sesi pnp yang seterusnya...selamat mencuba...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan